Friday, March 24, 2006 

::: Hati Emas :::

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

hmmm... its true to a certain extent... ppuan nih (correct me please if i'm wrong) love to hear all this words.. not by action, ditaburkan dengan ayat2 manis... which sometimes can be dangerous.

words can be misleading.. words can influence.. words can hurt .. tu la ader peribahasa kerana mulut badan binasa...

sometimes perkataan tak dapat menggambarkan hal yg sebenar, sometimes benda kita nak explain pun tak sama ngan benda yg nak ditunjuk tuh.. macam sketsa kat atas nih... cinta... how does someone measure love and affection, is it by materials? by words? by any other medium? true love ( from my opinion la) come from within.. dari hati, dari akal.
It a lot less macam Iman, love is keyakinan dengan hati, baru ader keikhlasan dalam meluahkan, dan seterusnya akan tunjuk dengan tingkah laku...
kalau luahkan aje ngan tingkah laku.. that love tak complete.. slalu ader bender tersembunyi.. how can someone love somebody kalau dalam hati dier.. dier takdak keinginan... hmmm

Wednesday, March 22, 2006 

Got this from a friend...

hehehehh...........mesti ramai suka makan taugeh.......nak pulak campurdlm char kuey teow.......hmmm rangup............tapi nak beli taugeh tukene buat eksperimen dulula..........beli sket, jgn makandulu.........sebaliknya simpan dulu utk 3 hari..........pastu cuba bautaugeh tu lepas 3 hari camane...........dan kalau boleh jgn beli taugeh ygkaler putih berseri tu............kepututsan yg mungkin bolehdidapati..........lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam........bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka airkencing...........dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putihberseri.............kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang jer,kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnyalangsung tak guna urine sebagai baja........nih info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanamantaugeh dibebera! pa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nunalip............siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utkdisiram pada pokok2 taugeh tu............ dan kenapa taugeh jodikmangsa?.........sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2terus dlm batangnya........tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaunhijau yg mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn ertikata lainnya air siraman masuk ketanah dulu barulah akar menyerap danproses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja..............tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhantumbesaran bukan secara fotosintesis..............tu sbbnya kala! u simpandlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham..............so bagitaula kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 hanchingdgn taugeh2 bumiputera.............


elloooooooooo.... ader bukti ker? aku ni kekadang cukup terkilan bila org buat kenyataan macam nih tanpa mengemukakan bukti... bukan aku tak setuju.. cuma kena ada fakta/bukti kukuh. Sebab hal2 macam nih bukan boleh buat main... boleh jadik fitnah.. kalau iyer pun siram ngan air kencing.. yg baja derang guna utk sayur2 hijau ader yg berasaskan urea jugak.. nak cakap senang.. tapi kalau tak reti nak cakap.. jangan cakap.. of course la air akan diserap masuk kedalam tumbuhan, and tujuan photosynthesis tu kalo nak paham prinsip dier la kan.. banyakk woo...

Monday, March 20, 2006 

Edisi Selatan : Mi goreng: RM4.50 air buah: RM4.00
Oleh Ibrahim IsaPONTIAN: Beberapa peniaga kedai makan terutamanya restoran mamak 24 jam dikesan menaikkan harga jualan dengan sepinggan mi goreng hingga RM4.50 dan minuman air buah RM4, dengan alasan kenaikan harga petrol dan diesel, sejak 28 Februari lalu.Keadaan itu bukan saja membebankan, malah menimbulkan kemarahan pengguna berikutan gesaan kerajaan supaya peniaga tidak menaikkan harga gagal dipatuhi.Difahamkan, kenaikan itu dilakukan peniaga berikutan kelemahan perundangan kerana tiada peruntukan undang-undang berhubung harga makanan yang mahal, menyebabkan nasib pengguna tidak terbela dengan terpaksa membayar pada harga yang melampau.Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Rizq Fazliana Abdul Hamid, berkata pihaknya mengesan restoran yang menjual sepinggan mi goreng RM4.50 dan air buah RM4 segelas.Katanya, hasil pemeriksaan, KPDNHEP hanya boleh mengeluarkan surat amaran kepada pekedai dan peniaga yang menjual makanan dengan harga tidak munasabah.Ini kerana, katanya, tindakan undang-undang mengikut Akta Kawalan Harga 1946 hanya diambil jika peniaga tidak meletakkan tanda harga.“Sepanjang pemantauan di sini, 140 premis diperiksa dan kami mengambil tindakan undang-undang ke atas tiga peniaga mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Timbang Sukat 1972 dan Akta Perihal Pengguna 1993.“Antara premis yang diperiksa termasuklah restoran, kedai makan, pasar raya, kedai runcit, kedai elektrik dan pasar tani.“Selain itu, seorang pemborong gas memasak di Benut dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan selepas menyimpan tong gas masak melebihi jumlah dibenarkan iaitu 3,000 kilogram,” katanya selepas mengetuai pemeriksaan di sekitar daerah ini, semalam.Menurutnya, selain menyimpan lebih daripada jumlah ditetapkan, pemborong itu melakukan kesalahan kerana menyimpan barangan berkenaan di tempat yang tidak didaftarkan.Katanya, selain pemborong terbabit sebuah pasar raya besar dikenakan tindakan kerana menjual barangan tamat tarikh luput, selain harga yang dipamerkan tidak sama dengan harga di kaunter.“Kami turut mengesan sebuah kedai yang didapati menggunakan alat penyukat tidak disahkan Pengawal Timbang dan Sukat dan melakukan kesalahan mengikut Akta Timbang Sukat.“Berikutan kesalahan itu, semua barangan di premis terbabit dirampas manakala pemiliknya dikenakan kompaun,” katanya.


hehehe.. kalo dah mahal.. makan jer tpt lain... :D... wallahualam... sebagai pengguna.. kena bijak memilih...

Thursday, March 09, 2006 

Banyak lak aku tulis arinih

ehehhe. tak pernah aku tulis banyak2 nih kat blog... bukan aku tak puas hati ker aper ker.. just nak beri pandangan dari rakyat biasa.. sebenarnya isu2 nih tak akan selesai selagi takder tindakan.. sumer bley cakap.. aku sendiri bley cakap macam... nak janji memang senang.. tapi nak tunaikan janji tuh.. wallahualam.. (nasihat utk diri sendiri jugak nih.. terkena batang idung sendiri bila aku type..muahahha).
Just nak tgk jer kan... isu highway yg retak tuh... cost nak bina memang mahal... okeh.. justified.. coz harga barang2 berkualiti memang mahal.. pastu simen mahal.. pasir mahal.. itu mahal.. ini mahal... tapi adakah kerja yg buat tu setimpal ngan bayaran?... just wondering derang kata design tak kena ngan cuaca malaysia.. hmmm.. kalo camtuh.. naper tak amik firm yg buat penang bridge dulu... ?? sebab hal nih akan libatkan rakyat... they have the right to know... kena tau every tax they pay is justified. Org tak akan merungut kalau apa kemudahan asas yg disediakan memuaskan... tapi derang akan merungut bila apa yg dibayar tak dapat pulangan...
contoh senang cam elektrik.. memang keperluan asas.. bila tariff naik n perkhidmatan memuaskan.. okeh.. tak kisah.. tapi kalau tariff naik.. tapi perkhidmatan teruk.. then ppl akan tanya n mempersoalkan..
macam roti canai (roti canai lagi.. heheheh)... i'm willing to pay the extra 10sen tuh.. kalau apa yg diberikan setimpal ngan apa yg dibayar... yg dok makan/minum kat tpt2 eklusif harga lebey2 tuh boleh.. takkan 10sen tak mampu... iyer la.. kalau duit banyak tak rasa sangat la.. kalo banding ngan org2 biasa.. gaji 5-6 ratus.. memang terasa la... memang la makan tepi jalan.. gerai2 biasa.. tapi at least a lot cheaper dari makan tpt2 eklusif.. tul tak???
kalo tol nak naik tuh... kena setimpal arr... takleh arr suka2 nanti.. pastu extend tarikh laie...
i'm not against ppl arr.. tapi aper2 yg dilakukan kena justified.. memang seronok kalau dapat keje outstation luar negara tapi kena betul2 arr... nawaitu kena betul..

 

Something lingering in my mind....

memang senang nak kata arr kan... minyak naik... so kena ubah cara hidup... tapi kalau cara hidup dah simple... nak ubah camner lagi? hmmm... like 1 one my post pasal roti canai tuh... hehehe.. adehh.. roti canai bley masuk paper.. hebat giler... tu kira small issue ar.. jangan arr jadik besar sangat... memang la.. gula.. tepung control item.. tapi kena gak pikir.. gas naik, pastu minyak naik.. so cost of delivery naik.. macam2 naik katakan... bila sumer tu naik.. pekerja pun naik gaji lebey sket.. nak cover cost2 sumer tuh... so logic arr jadik camtuh.. tapi kalo nak naik.. kena pastikan harga jangan naik la tinggi sangat... kalo roti canai mahal sangat.. makan arr bender lain... pengguna kena bijak arr dalam hal2 nih.. tu jer...

 

If......

kalau la semua dapat pinjaman buku teks tu kan... at least kalau family yg ada 3-4 anak ke sekolah tuh.. bley dah save 400 - 500 inggit at least, bley la guna duit tuh nak cover mender lain cam bas skolah ker, perbelanjaan lain ker... hehehhe

kalau la pengangkutan awam diperbaiki, n jadik elok... at least sumer akan lebey selesa naik pengangkutan awam.. contoh cam KL tuh... memang convenient naik lrt/kommuter/putra/bas coz takyah pikir pasal parking/minyak etc..

 

Pandangan org di tepi pagar mengenai isu minyak nih

mula2 minyak naik... pastu barang2 keperluan naik... tarif elektrik naik.. bill air naik... bla bla bla...
memang takleh lari dari hal2 nih... akan naik jugak... sedangkan umur dok meningkat.. ini pula barang2 keperluan macam nih... dunia dunia...
memang its a big deal... macam aku nih.. dulu full tank dalam 50 jer.. skang mau cecah 80.. aku merungut gak.. tapi kena pandai2 atur strategi nak atasi masalah nih. For me, mungkin tak menjadi beban sangat.. tapi kena aware of those ppl yg tak mampu serba serbi.. yg gaji hanya mampu utk tampung keluarga .. takde luxury.. then it gonna be a problem... yes true kalau ader masalah.. berdoa ngan Allah, semua pertolongan minta denganNya.. tapi at the same time kena ader usaha n bantuan jugak..
aku support kerajaan bantu rakyat mengatasi masalah2 yg macam nih.. aku gembira bila menteri pelajaran kata nak bantu rakyat dengan pinjaman buku teks utk pelajar. Aku gembira bila kerajaan kata akan salurkan duit2 subsidi tuh utk pembangunan pengangkutan awam.. Aku gembira bila kerajaan akan membantu dalam membangunkan industri kecil sederhana n stuff...
but then akan rasa terkilan kalau janji hanya tinggal janji..
RM4.4 bill is not much.. tapi if spent properly.. bley buat banyak benda yg berfaedah..

 

Simpati nasib pengusaha van, bas sekolah
KASIHANILAH pengusaha van dan bas sekolah. Saya bukannya pengusaha van dan bas sekolah.
Saya bukannya pemandu van dan bas sekolah. Tetapi saya tahu betapa peritnya pengusaha van dan bas sekolah ketika ini.
Sekiranya mampu, walaupun kerajaan tidak membenarkan sebarang kenaikan tambang bas dan van sekolah akibat kenaikan harga minyak, bayar lebih sedikit kepada mereka.
Pengusaha van dan bas sekolah ini tidak menaikkan tambang mereka kerana takut akan disaman, dibawa ke mahkamah, didakwa, dipenjara, ditarik lesen dan sebagainya.
Berapa nak bayar, terpulang kepada kemampuan. Untuk memudahkan ambil pukul rata 9 peratus daripada tambang asal. Kalau dulu tambangnya RM50 bayarlah RM54.50, kalau dulu tambang RM40 bayarlah RM 43.60, kalau dulu tambang RM20 bayarlah RM 21.80.
Tidak salah kita bayar lebih kalau kita mampu, tapi salah kalau pengusaha menaikkan tambang tanpa kelulusan kerajaan.
Jarang saya tengok pengusaha van dan bas sekolah yang kecil-kecilan duduk rumah banglo, pakai kereta Mercedes, pergi melancong luar negara.
Malah ada yang buat kerja tambahan dengan menjual apam balik, menjual keropok dan sebagainya.
- ROZMAL MALAKAN,
Rembau, Negeri Sembilan.

well.. thats true arr.. i myself pun bukan pemandu bas sekolah.. tapi kena ambil tau la jugak..
its either derang naikkan tambang bas tuh.. atau buat budak2 macam sardin.. sumbat ramai2 nak tampung perbelanjaan... its not cheap to do such a thing.. kalo pikirkan la.. derang dah ambik satu beban dari ibubapa budak2 skolah nih.. i.e antar pi balik skolah... cuba bayangkan la.. kalau takdak bas skolah.. sure jam jalan ibubapa antar anak.. pastu minyak lagi.. masa lagi... dont just look at the negative aspect... amik yg positif skali.. its a small price yg kena bayar.. tapi look on the bright side la kan.. memang setimpal ngan apa yg derang buat.. tapi aper2 pun.. jangan naik banyak sangat la... kira bagi cover maintenance tuh kira cukup bagus..

 

Edisi Utara: Roti canai naik 10 sen
Oleh Rashidi KarimKANGAR: Seorang peniaga mendakwa Persatuan Roti Canai Perlis bersetuju menaikan harga makanan itu sebanyak 10 sen sekeping bagi menampung kenaikan harga gas memasak yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengesan makanan popular itu kini dijual di sini dengan harga 70 sen sekeping.Pemangku pengarahnya, Nor Azman Darus, berkata ini kali pertama beliau mendengar ada persatuan bertindak seumpama itu di negeri ini dan kenaikan harga makanan itu adalah tidak munasabah.“Mengikut kiraan kami, kenaikan harga gas memasak hanya mempengaruhi 0.02 peratus dari segi kos penyediaan sekeping roti canai, termasuk kuah dan peniaga terbabit sudah dikenakan tindakan.“Peniaga memberi alasan persatuan roti canai bersetuju harga makanan ini dinaikkan segera bagi menampung kos kenaikan gas memasak. Saya tidak pasti sama ada wujud pesatuan terbabit di negeri ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Bersepadu Membanteras Kenaikan Harga Barang di sekitar Kangar. Seramai 40 pegawai penguat kuasa daripada beberapa agensi termasuk KPDNHEP, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Jabatan Kesihatan negeri terbabit dalam operasi itu.Katanya, Jabatan Kesihatan mengeluarkan notis penutupan restoran terbabit selama dua minggu berkuat kuasa 12 tengah malam tadi kerana tahap kebersihan tidak memuaskan.KPDNHEP mendapati harga barang keperluan utama di Perlis tidak dinaikkan walaupun ada kebimbangan kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga minyak 30 sen bermula 28 Februari.Dalam operasi itu, MPK mengeluarkan tiga saman kepada peniaga gerai makan dan restoran kerana tidak memakai penutup kepala, apron dan tiada lesen perniagaan. Sebanyak 30 bungkusan gula dirampas dari sebuah pusat beli-belah kerana tidak mempamerkan tanda harga.

heheheh...
taktau nak kata apa.. sejak minyak naik.. semua menggunakan alasan tuh nak naikkan harga barangan.. tapi nak halang derang.. takleh kata apa arr.. derang nak idup jugak... kita sebagai pengguna kena bijak arr wat keputusan... kalo la tpt tu harga mahal sangat.. cari la tpt lain yg murah.. or amik alternatif yg bersesuaian..
cuma tuh arr kan.. kita takleh banding ngan org luar sangat.. contoh cam harga minyak.. iyer la tpt kita murah kalo banding ngan uk tuh.. tapi tu tak logic la sangat dari pendapat aku nih yg serba tak tahu sangat... contoh arr kan.. sana minyak 1 liter mau dekat 6 ringgit.. tapi kalo convert det kita arr kan.. tapi kalo det sana.. 6 inggit tuh tak sampai 1 pound sterling... kata arr naik kete.. isi full tank 40liter tu.. jadik arr 40 pound... so kalau gaji arr kan sebulan 400 pound... skali isi sama dengan 10% dari gaji... tapi kalo kat msia.. kalo amik equivalent.. so gaji 400 inggit la kan.. isi full tank kete... 40 liter.. mau dekat 80 inggit... so that almost 20% dari gaji... maner la org mampu sangat.. tu la beli moto n sebagainya.. sanggup redah ujan nak save.. cuma harap2 kerajaan prihatin dengan masalah nih... so yg kat subsidi utk improve public transportation.. harap berhasil arr.. buat lorong utk motor, improve road system.. insyaAllah rakyat akan kurang merungut...

Tuesday, March 07, 2006 

Potong telinga perogol antara cadangan pindaan undang-undang jenayah

PUTRAJAYA 6 Mac - Cadangan untuk meminda hukuman terhadap kes rogol dan ragut paling banyak dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang sedang mengkaji pindaan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004.
Pengerusi jawatankuasa tersebut yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, selain itu pelbagai saranan juga diterima berhubung kes rogol termasuk cadangan supaya perogol dipotong telinga dan dikenakan hukuman berat.
``Selain itu ada juga yang menyatakan hukuman sebat tidak relevan lagi malah ia boleh digantikan dengan kerja-kerja kemasyarakatan.
``Kita akan meneliti pandangan itu dan sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada Mei ini, kita akan pastikan ia memenuhi hasrat semua pihak,'' katanya.
Radzi berkata demikian selepas majlis serah nota tugas antara beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di sini, hari ini.
Penyerahan tugas itu dilakukan berikutan rombakan Kabinet baru-baru ini yang menyaksikan Radzi yang sebelum ini menjaga hal undang-undang telah ditukarkan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sementara tempatnya diambil alih oleh Nazri yang juga akan menjaga hal berkaitan Parlimen.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang terdiri daripada tujuh anggota itu dipengerusikan oleh Radzi selain dianggotai oleh Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong), S. K. Devamany (BN-Cameron Highlands), Tan Ah Eeng (BN-Penampang), Che Min Che Ahmad (BN-Pasir Puteh) dan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).
Jawatankuasa itu diwujudkan dalam usaha menangani jenayah seksual yang semakin membimbangkan dan penubuhannya adalah hasil pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan 23 buah NGO pada 11 Mei 2004 lalu bagi membincangkan isu dan tindakan yang perlu diambil dalam menangani jenayah tersebut.
Radzi menjelaskan, cadangan pindaan kedua-dua akta itu kini di peringkat akhir setelah jawatankuasa tersebut mendapat maklum balas daripada orang ramai termasuk ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan peguam-peguam.
Proses maklum balas itu, katanya, dilakukan melalui program menjelajah seluruh negara oleh jawatankuasa tersebut bagi mendapatkan pandangan daripada orang ramai.
Menurut Radzi, pindaan ini adalah yang ketiga melibatkan sebuah jawatankuasa kerana sebelum ini pada 1967, perkara yang sama pernah dilakukan melibatkan undang-undang perkahwinan dan pada 1985, ia melibatkan Akta Dadah Berbahaya (Pencegahan Khas).
Sementara itu, Nazri berkata, Parlimen yang bersidang pada 13 Mac ini akan membahaskan beberapa perkara termasuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
``Pada 13 Mac ini juga, satu pertemuan akan diadakan antara Perdana Menteri dengan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan beberapa perkara,'' katanya.

wallahualam...
dah terkandung dalam al-Quran tentang cara menghadapi malasah nih... aku nih bukan la tere sangat dalam hal2 nih.. tapi kalo tgk aper yg tertulis kat paper sejak kebelakangan nih tak masuk akal... cam arituh dier tulis naper tak potong anu terus... adoiii... tu bukan menghukum.. tapi membalas dendam... baik laksanakan hukum Allah... memang gerun.. tapi tepat dengan cara menyelesaikannya... nie aku paste skali petikan dari website yg aku browse tadi...
http://al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/zina.htm

Bab 5 : Zina
Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).
Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.
Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :
1. ZINA MUHSAN2. ZINA BUKAN MUHSAN

ZINA MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin)

ZINA BUKAN MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).
Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.
Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN
Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.
Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun
sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.

PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA
Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.

Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.

About me

  • I'm RcQuest aka Sir Cikoro
  • From kulim
  • Enjoying my life to the fullest
My profile

Links

Powered by Blogger
and Blogger Templates