« Home | Potong kemaluan perogolSABAN hari kita dengar kes ... » | Elak pertandingan MIC peringkat tinggiKUALA LUMPUR... » | Gambar lagi :D » | Budak 6 tahun kuasai ilmu matematikBAGAN SERAI 19 ... » | test page baru...adehh.. lama tul aku tak update b... » | Something old.. something new... aper2pun .. aku t... » | hehehe... gambo2 kenangan » | ok arr.. aku update arr nihsorrryyyyy... bukan tak... » | Pelaksanaan pendidikan seks dikajiPUTRAJAYA 26 Mei... » | MELAKA 5 Jun - Kerajaan negeri Melaka menyambut ba... » 

Tuesday, March 07, 2006 

Potong telinga perogol antara cadangan pindaan undang-undang jenayah

PUTRAJAYA 6 Mac - Cadangan untuk meminda hukuman terhadap kes rogol dan ragut paling banyak dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang sedang mengkaji pindaan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004.
Pengerusi jawatankuasa tersebut yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, selain itu pelbagai saranan juga diterima berhubung kes rogol termasuk cadangan supaya perogol dipotong telinga dan dikenakan hukuman berat.
``Selain itu ada juga yang menyatakan hukuman sebat tidak relevan lagi malah ia boleh digantikan dengan kerja-kerja kemasyarakatan.
``Kita akan meneliti pandangan itu dan sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada Mei ini, kita akan pastikan ia memenuhi hasrat semua pihak,'' katanya.
Radzi berkata demikian selepas majlis serah nota tugas antara beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di sini, hari ini.
Penyerahan tugas itu dilakukan berikutan rombakan Kabinet baru-baru ini yang menyaksikan Radzi yang sebelum ini menjaga hal undang-undang telah ditukarkan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sementara tempatnya diambil alih oleh Nazri yang juga akan menjaga hal berkaitan Parlimen.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang terdiri daripada tujuh anggota itu dipengerusikan oleh Radzi selain dianggotai oleh Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong), S. K. Devamany (BN-Cameron Highlands), Tan Ah Eeng (BN-Penampang), Che Min Che Ahmad (BN-Pasir Puteh) dan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).
Jawatankuasa itu diwujudkan dalam usaha menangani jenayah seksual yang semakin membimbangkan dan penubuhannya adalah hasil pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan 23 buah NGO pada 11 Mei 2004 lalu bagi membincangkan isu dan tindakan yang perlu diambil dalam menangani jenayah tersebut.
Radzi menjelaskan, cadangan pindaan kedua-dua akta itu kini di peringkat akhir setelah jawatankuasa tersebut mendapat maklum balas daripada orang ramai termasuk ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan peguam-peguam.
Proses maklum balas itu, katanya, dilakukan melalui program menjelajah seluruh negara oleh jawatankuasa tersebut bagi mendapatkan pandangan daripada orang ramai.
Menurut Radzi, pindaan ini adalah yang ketiga melibatkan sebuah jawatankuasa kerana sebelum ini pada 1967, perkara yang sama pernah dilakukan melibatkan undang-undang perkahwinan dan pada 1985, ia melibatkan Akta Dadah Berbahaya (Pencegahan Khas).
Sementara itu, Nazri berkata, Parlimen yang bersidang pada 13 Mac ini akan membahaskan beberapa perkara termasuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
``Pada 13 Mac ini juga, satu pertemuan akan diadakan antara Perdana Menteri dengan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan beberapa perkara,'' katanya.

wallahualam...
dah terkandung dalam al-Quran tentang cara menghadapi malasah nih... aku nih bukan la tere sangat dalam hal2 nih.. tapi kalo tgk aper yg tertulis kat paper sejak kebelakangan nih tak masuk akal... cam arituh dier tulis naper tak potong anu terus... adoiii... tu bukan menghukum.. tapi membalas dendam... baik laksanakan hukum Allah... memang gerun.. tapi tepat dengan cara menyelesaikannya... nie aku paste skali petikan dari website yg aku browse tadi...
http://al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/zina.htm

Bab 5 : Zina
Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).
Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.
Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)

ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :
1. ZINA MUHSAN2. ZINA BUKAN MUHSAN

ZINA MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin)

ZINA BUKAN MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).
Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.
Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.

HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN
Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.
Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun
sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.

PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA
Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.

Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.

About me

  • I'm RcQuest aka Sir Cikoro
  • From kulim
  • Enjoying my life to the fullest
My profile

Links

Powered by Blogger
and Blogger Templates