Wednesday, August 30, 2006 

Dipetik Dari Utusan Hari nih

Persoal keberkesanan perangkap had laju kurangkan kemalangan
BARU-baru ini saya telah ditahan oleh polis trafik di Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh kerana memandu dengan kelajuan 124 kilometer (km) sejam. Saya tidak marah kepada polis yang bertugas kerana beliau menjalankan tanggungjawab.
Apa yang mengganggu fikiran saya ialah motif sebenar perangkap had laju. Adakah tujuannya benar-benar mampu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?
Saya memandu kereta Mercedes Benz E240 yang baru dibeli. Keadaan kereta saya dijamin baik dan memandu dengan kelajuan 110 km sejam akan membuat kita mengantuk. Brek kereta ini juga berfungsi dengan baik walaupun dalam keadaan kecemasan.
Kalau setakat memandu 124 km sejam, saya tidak fikir dari segi lojiknya akan menyebabkan kemalangan.
Adakah pihak-pihak berkenaan telah membuat kajian mengenai kebarangkalian berlaku kemalangan hanya dengan memandu pada kelajuan 150 km sejam?
Tanyalah sesiapa yang memandu kereta jenis apa sekali pun, kelajuan 110 km sejam bukan sahaja lambat malah menyebabkan pemandu mengantuk selain menyusahkan orang lain.
Sepatutnya pemandu yang disaman adalah mereka yang memandu dengan cara tidak berhemah, pemandu yang cuai, pemandu yang zig-zag dari lorong perlahan ke lorong laju dan sebaliknya, pemandu yang memotong kiri dan lain-lain kesalahan yang terang-terang akan menjadi penyebab berlaku kemalangan.
Kalau tiada kajian dijalankan, denda perangkap had laju hanyalah menyusahkan pemandu selain cara mudah memungut wang rakyat.
– MAMPU MENGUBAH,
Kuala Lumpur.

Memang la memandu cara tidak berhemah, cuai sumer tuh kena denda.. bawak laju kena denda la jugak.. dah memang tertulis dalam undang2.. kalau membawa lebih dari had laju memang la kena denda.. tak paham2 gak mamat nih. Dari pendirian saya.. memandu kelajuan 110km tak menyusahkan org lain pun, takde pun lambat.. kalo ngantuk saya berhenti kejap rest kat R n R (tempat rehat daaaa ) dah ader tujuan utk rehat.. tak paham2 arrr.. Memang la bawak 124kmj tak akan menyebabkan kemalangan.. tapi tu ikut lojik akal dier.. kalo sumer ikut lojik akal, nak bawak cam siput pun tak akan menyebabkan kemalangan.. Tujuan sebenar sumer tuh bukan utk menyusahkan.. tapi utk mengelakkan atau mengurangkan kebarangkalian utk berlakunya kemalangan. Cuba mamat "MAMPU MENGUBAH" pikir kalau la berlaku kemalangan pada kelajuan contohnya 150kmj jarak membrek kereta akan menjadi lebih panjang, hentaman akan menjadi lebih kuat, chance of survival pun akan jadik lebih tipis. Nak bawak laju.. pergi la litar lumba ker, pindah pi jerman ker.. aper ker..
Wallahualam..

Tuesday, August 08, 2006 






Friday, August 04, 2006 

Wedding of the Year or Pembaziran of the Year?

Sumer dok ikut perkembangan perkahwinan siti n dato' K kan? macam2 arr derang nak buat.. rasa2nya bley cecah juta2 just on that occasion. tapi tu la.. duit dah banyak kann.. berhak utk menghabiskan sumer tuh utk satu saat yg paling manis dalam hidup. Tak salah saya katakan arr.. every women in the world wish the perfect wedding.

up to a certain stage.. it seem macam satu pembaziran jer.. why waste all that money utk dapatkan budaya luar campur dengan budaya malaysia, takut jadik tak elok pulak. jangan jadik macam artis2 lain yg kawin grand2 cecah juta2 .. tapi akhirnya pisah macam tuh jer..

Siti nak kawin ngan sapa tak kisah la.. tu hak dier.. tapi kena la berlandaskan islam la in terms of wedding sumer tuh.. jangan grand2 kenduri tapi nikahnyer wat tak peduli. Kesian tok kadi yg darah gemuruh tuh.

Aku nak kawin dulu pikir banyak kali aper yg perlu buat.. kalo boleh cut cost.. memang akan cuba cut cost.. walaupun tahu arr kan.. mampu buat itu ini, tapi aku pikir long term.. alam rumahtangga nih bukan sehari dua... sentiasa mendoakan selama2nya hingga akhir hayat insyaAllah.

About me

  • I'm RcQuest aka Sir Cikoro
  • From kulim
  • Enjoying my life to the fullest
My profile

Links

Powered by Blogger
and Blogger Templates