Thursday, September 06, 2007 


Wednesday, August 30, 2006 

Dipetik Dari Utusan Hari nih

Persoal keberkesanan perangkap had laju kurangkan kemalangan
BARU-baru ini saya telah ditahan oleh polis trafik di Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh kerana memandu dengan kelajuan 124 kilometer (km) sejam. Saya tidak marah kepada polis yang bertugas kerana beliau menjalankan tanggungjawab.
Apa yang mengganggu fikiran saya ialah motif sebenar perangkap had laju. Adakah tujuannya benar-benar mampu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?
Saya memandu kereta Mercedes Benz E240 yang baru dibeli. Keadaan kereta saya dijamin baik dan memandu dengan kelajuan 110 km sejam akan membuat kita mengantuk. Brek kereta ini juga berfungsi dengan baik walaupun dalam keadaan kecemasan.
Kalau setakat memandu 124 km sejam, saya tidak fikir dari segi lojiknya akan menyebabkan kemalangan.
Adakah pihak-pihak berkenaan telah membuat kajian mengenai kebarangkalian berlaku kemalangan hanya dengan memandu pada kelajuan 150 km sejam?
Tanyalah sesiapa yang memandu kereta jenis apa sekali pun, kelajuan 110 km sejam bukan sahaja lambat malah menyebabkan pemandu mengantuk selain menyusahkan orang lain.
Sepatutnya pemandu yang disaman adalah mereka yang memandu dengan cara tidak berhemah, pemandu yang cuai, pemandu yang zig-zag dari lorong perlahan ke lorong laju dan sebaliknya, pemandu yang memotong kiri dan lain-lain kesalahan yang terang-terang akan menjadi penyebab berlaku kemalangan.
Kalau tiada kajian dijalankan, denda perangkap had laju hanyalah menyusahkan pemandu selain cara mudah memungut wang rakyat.
– MAMPU MENGUBAH,
Kuala Lumpur.

Memang la memandu cara tidak berhemah, cuai sumer tuh kena denda.. bawak laju kena denda la jugak.. dah memang tertulis dalam undang2.. kalau membawa lebih dari had laju memang la kena denda.. tak paham2 gak mamat nih. Dari pendirian saya.. memandu kelajuan 110km tak menyusahkan org lain pun, takde pun lambat.. kalo ngantuk saya berhenti kejap rest kat R n R (tempat rehat daaaa ) dah ader tujuan utk rehat.. tak paham2 arrr.. Memang la bawak 124kmj tak akan menyebabkan kemalangan.. tapi tu ikut lojik akal dier.. kalo sumer ikut lojik akal, nak bawak cam siput pun tak akan menyebabkan kemalangan.. Tujuan sebenar sumer tuh bukan utk menyusahkan.. tapi utk mengelakkan atau mengurangkan kebarangkalian utk berlakunya kemalangan. Cuba mamat "MAMPU MENGUBAH" pikir kalau la berlaku kemalangan pada kelajuan contohnya 150kmj jarak membrek kereta akan menjadi lebih panjang, hentaman akan menjadi lebih kuat, chance of survival pun akan jadik lebih tipis. Nak bawak laju.. pergi la litar lumba ker, pindah pi jerman ker.. aper ker..
Wallahualam..

Tuesday, August 08, 2006 






Friday, August 04, 2006 

Wedding of the Year or Pembaziran of the Year?

Sumer dok ikut perkembangan perkahwinan siti n dato' K kan? macam2 arr derang nak buat.. rasa2nya bley cecah juta2 just on that occasion. tapi tu la.. duit dah banyak kann.. berhak utk menghabiskan sumer tuh utk satu saat yg paling manis dalam hidup. Tak salah saya katakan arr.. every women in the world wish the perfect wedding.

up to a certain stage.. it seem macam satu pembaziran jer.. why waste all that money utk dapatkan budaya luar campur dengan budaya malaysia, takut jadik tak elok pulak. jangan jadik macam artis2 lain yg kawin grand2 cecah juta2 .. tapi akhirnya pisah macam tuh jer..

Siti nak kawin ngan sapa tak kisah la.. tu hak dier.. tapi kena la berlandaskan islam la in terms of wedding sumer tuh.. jangan grand2 kenduri tapi nikahnyer wat tak peduli. Kesian tok kadi yg darah gemuruh tuh.

Aku nak kawin dulu pikir banyak kali aper yg perlu buat.. kalo boleh cut cost.. memang akan cuba cut cost.. walaupun tahu arr kan.. mampu buat itu ini, tapi aku pikir long term.. alam rumahtangga nih bukan sehari dua... sentiasa mendoakan selama2nya hingga akhir hayat insyaAllah.

Thursday, July 20, 2006 

Majlis perkahwinan Siti-Datuk K: Rebut hak siaran TV
Oleh Hartati Hassan BasriKUALA LUMPUR: Dua stesen televisyen swasta berebut untuk mendapatkan hak siaran eksklusif majlis perkahwinan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K dengan Siti Nurhaliza, termasuk satu daripadanya heboh diperkatakan menawar bayaran RM3 juta.
Kedua-dua stesen berkenaan sudah mengemukakan cadangan kepada Datuk K, namun penelitian dan perbincangan masih dibuat dan keputusan mengenai stesen mana yang akan mendapat hak siaran belum diputuskan.Sumber terdekat keluarga Datuk K mengesahkan pihaknya sudah menerima kedua-dua cadangan berkenaan tetapi enggan menyatakan jumlah tawaran sebenarnya.Dia juga menafikan menerima tawaran RM3 juta seperti digembar-gemburkan pihak tertentu.“Kami tidak mahu ada yang menyangka mahu ‘menjual’ majlis ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.Dia memberitahu, stesen yang bakal mendapat hak siaran eksklusif majlis perkahwinan, termasuk persandingan ‘Wedding Of The Year’ itu akan diumumkan sebaik keputusan mengenainya dibuat keluarga Datuk K dan Siti.Rebutan stesen televisyen mendapatkan hak berkenaan mencipta sejarah dalam bidang penyiaran tanah air kerana belum pernah majlis perkahwinan mana-mana artis tempatan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.Majlis yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, pada 28 Ogos, ditunggu peminat bukan saja di Malaysia, malah di Indonesia, Brunei dan Singapura.Difahamkan, majlis perkahwinan yang dikatakan berlangsung dengan sederhana tetapi meriah itu turut akan diterbitkan dalam bentuk cakera padat video (VCD).Sementara itu, undangan ke majlis perkahwinan itu hanya mula diedarkan awal bulan depan kerana kad jemputan yang ditempah khas dari Jakarta, belum siap. Ia membabitkan dua kad untuk majlis persandingan pada 28 Ogos (kira-kira 1,000 undangan) serta majlis pertunangan dan pernikahan yang diadakan serentak pada 21 Ogos.Keluarga Datuk K kini dikatakan sibuk menyenaraikan nama undangan khas ke majlis berkenaan.Antara kenamaan yang bakal diundang ialah Sultan Pahang dan Sultan Kedah bersama sultanah masing-masing, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta menteri Kabinet dan timbalan menteri.Majlis di KLCC itu berkonsepkan perkahwinan dalam taman yang akan dihiasi bunga segar.Peminat boleh melihat lebih dekat wajah penyanyi kesayangan mereka pada hari itu kerana pengantin akan diarak selama sejam mulai jam 5 petang di sekeliling kawasan KLCC.Majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, pada waktu Zuhur pula hanya membabitkan undangan daripada keluarga Siti.Siti tidak ketinggalan memberi peluang kepada peminat menyaksikan perkahwinannya di Kuala Lipis, Pahang, pada 3 September.


wedding of the year? ntah la... jangan jadik cam artis 2 org tuh dah arr...
aper2 pun kan.. derang can afford all that.. pastu ngan glemer lagi.. cuma jangan ke arah pembaziran dah arr.. 3 juta is alot of money.. dengan banyak tuh bley buat bisnes besar dah.. siap bley cover utk 2-3 thn.. kalo tak pun.. utk iks banyak tuh bley bantu 30 org usahawan baru.. wallahualam :D tepuk dada tanya selera .

Friday, March 24, 2006 

::: Hati Emas :::

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

hmmm... its true to a certain extent... ppuan nih (correct me please if i'm wrong) love to hear all this words.. not by action, ditaburkan dengan ayat2 manis... which sometimes can be dangerous.

words can be misleading.. words can influence.. words can hurt .. tu la ader peribahasa kerana mulut badan binasa...

sometimes perkataan tak dapat menggambarkan hal yg sebenar, sometimes benda kita nak explain pun tak sama ngan benda yg nak ditunjuk tuh.. macam sketsa kat atas nih... cinta... how does someone measure love and affection, is it by materials? by words? by any other medium? true love ( from my opinion la) come from within.. dari hati, dari akal.
It a lot less macam Iman, love is keyakinan dengan hati, baru ader keikhlasan dalam meluahkan, dan seterusnya akan tunjuk dengan tingkah laku...
kalau luahkan aje ngan tingkah laku.. that love tak complete.. slalu ader bender tersembunyi.. how can someone love somebody kalau dalam hati dier.. dier takdak keinginan... hmmm

Wednesday, March 22, 2006 

Got this from a friend...

hehehehh...........mesti ramai suka makan taugeh.......nak pulak campurdlm char kuey teow.......hmmm rangup............tapi nak beli taugeh tukene buat eksperimen dulula..........beli sket, jgn makandulu.........sebaliknya simpan dulu utk 3 hari..........pastu cuba bautaugeh tu lepas 3 hari camane...........dan kalau boleh jgn beli taugeh ygkaler putih berseri tu............kepututsan yg mungkin bolehdidapati..........lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam........bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka airkencing...........dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putihberseri.............kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang jer,kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnyalangsung tak guna urine sebagai baja........nih info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanamantaugeh dibebera! pa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nunalip............siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utkdisiram pada pokok2 taugeh tu............ dan kenapa taugeh jodikmangsa?.........sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2terus dlm batangnya........tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaunhijau yg mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn ertikata lainnya air siraman masuk ketanah dulu barulah akar menyerap danproses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja..............tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhantumbesaran bukan secara fotosintesis..............tu sbbnya kala! u simpandlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham..............so bagitaula kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 hanchingdgn taugeh2 bumiputera.............


elloooooooooo.... ader bukti ker? aku ni kekadang cukup terkilan bila org buat kenyataan macam nih tanpa mengemukakan bukti... bukan aku tak setuju.. cuma kena ada fakta/bukti kukuh. Sebab hal2 macam nih bukan boleh buat main... boleh jadik fitnah.. kalau iyer pun siram ngan air kencing.. yg baja derang guna utk sayur2 hijau ader yg berasaskan urea jugak.. nak cakap senang.. tapi kalau tak reti nak cakap.. jangan cakap.. of course la air akan diserap masuk kedalam tumbuhan, and tujuan photosynthesis tu kalo nak paham prinsip dier la kan.. banyakk woo...

About me

  • I'm RcQuest aka Sir Cikoro
  • From kulim
  • Enjoying my life to the fullest
My profile

Links

Powered by Blogger
and Blogger Templates