Majlis perkahwinan Siti-Datuk K: Rebut hak siaran TV
Oleh Hartati Hassan BasriKUALA LUMPUR: Dua stesen televisyen swasta berebut untuk mendapatkan hak siaran eksklusif majlis perkahwinan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K dengan Siti Nurhaliza, termasuk satu daripadanya heboh diperkatakan menawar bayaran RM3 juta.
Kedua-dua stesen berkenaan sudah mengemukakan cadangan kepada Datuk K, namun penelitian dan perbincangan masih dibuat dan keputusan mengenai stesen mana yang akan mendapat hak siaran belum diputuskan.Sumber terdekat keluarga Datuk K mengesahkan pihaknya sudah menerima kedua-dua cadangan berkenaan tetapi enggan menyatakan jumlah tawaran sebenarnya.Dia juga menafikan menerima tawaran RM3 juta seperti digembar-gemburkan pihak tertentu.“Kami tidak mahu ada yang menyangka mahu ‘menjual’ majlis ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.Dia memberitahu, stesen yang bakal mendapat hak siaran eksklusif majlis perkahwinan, termasuk persandingan ‘Wedding Of The Year’ itu akan diumumkan sebaik keputusan mengenainya dibuat keluarga Datuk K dan Siti.Rebutan stesen televisyen mendapatkan hak berkenaan mencipta sejarah dalam bidang penyiaran tanah air kerana belum pernah majlis perkahwinan mana-mana artis tempatan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.Majlis yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, pada 28 Ogos, ditunggu peminat bukan saja di Malaysia, malah di Indonesia, Brunei dan Singapura.Difahamkan, majlis perkahwinan yang dikatakan berlangsung dengan sederhana tetapi meriah itu turut akan diterbitkan dalam bentuk cakera padat video (VCD).Sementara itu, undangan ke majlis perkahwinan itu hanya mula diedarkan awal bulan depan kerana kad jemputan yang ditempah khas dari Jakarta, belum siap. Ia membabitkan dua kad untuk majlis persandingan pada 28 Ogos (kira-kira 1,000 undangan) serta majlis pertunangan dan pernikahan yang diadakan serentak pada 21 Ogos.Keluarga Datuk K kini dikatakan sibuk menyenaraikan nama undangan khas ke majlis berkenaan.Antara kenamaan yang bakal diundang ialah Sultan Pahang dan Sultan Kedah bersama sultanah masing-masing, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta menteri Kabinet dan timbalan menteri.Majlis di KLCC itu berkonsepkan perkahwinan dalam taman yang akan dihiasi bunga segar.Peminat boleh melihat lebih dekat wajah penyanyi kesayangan mereka pada hari itu kerana pengantin akan diarak selama sejam mulai jam 5 petang di sekeliling kawasan KLCC.Majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, pada waktu Zuhur pula hanya membabitkan undangan daripada keluarga Siti.Siti tidak ketinggalan memberi peluang kepada peminat menyaksikan perkahwinannya di Kuala Lipis, Pahang, pada 3 September.
wedding of the year? ntah la... jangan jadik cam artis 2 org tuh dah arr...
aper2 pun kan.. derang can afford all that.. pastu ngan glemer lagi.. cuma jangan ke arah pembaziran dah arr.. 3 juta is alot of money.. dengan banyak tuh bley buat bisnes besar dah.. siap bley cover utk 2-3 thn.. kalo tak pun.. utk iks banyak tuh bley bantu 30 org usahawan baru.. wallahualam :D tepuk dada tanya selera .