Edisi Selatan : Mi goreng: RM4.50 air buah: RM4.00
Oleh Ibrahim IsaPONTIAN: Beberapa peniaga kedai makan terutamanya restoran mamak 24 jam dikesan menaikkan harga jualan dengan sepinggan mi goreng hingga RM4.50 dan minuman air buah RM4, dengan alasan kenaikan harga petrol dan diesel, sejak 28 Februari lalu.Keadaan itu bukan saja membebankan, malah menimbulkan kemarahan pengguna berikutan gesaan kerajaan supaya peniaga tidak menaikkan harga gagal dipatuhi.Difahamkan, kenaikan itu dilakukan peniaga berikutan kelemahan perundangan kerana tiada peruntukan undang-undang berhubung harga makanan yang mahal, menyebabkan nasib pengguna tidak terbela dengan terpaksa membayar pada harga yang melampau.Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Rizq Fazliana Abdul Hamid, berkata pihaknya mengesan restoran yang menjual sepinggan mi goreng RM4.50 dan air buah RM4 segelas.Katanya, hasil pemeriksaan, KPDNHEP hanya boleh mengeluarkan surat amaran kepada pekedai dan peniaga yang menjual makanan dengan harga tidak munasabah.Ini kerana, katanya, tindakan undang-undang mengikut Akta Kawalan Harga 1946 hanya diambil jika peniaga tidak meletakkan tanda harga.“Sepanjang pemantauan di sini, 140 premis diperiksa dan kami mengambil tindakan undang-undang ke atas tiga peniaga mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Timbang Sukat 1972 dan Akta Perihal Pengguna 1993.“Antara premis yang diperiksa termasuklah restoran, kedai makan, pasar raya, kedai runcit, kedai elektrik dan pasar tani.“Selain itu, seorang pemborong gas memasak di Benut dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan selepas menyimpan tong gas masak melebihi jumlah dibenarkan iaitu 3,000 kilogram,” katanya selepas mengetuai pemeriksaan di sekitar daerah ini, semalam.Menurutnya, selain menyimpan lebih daripada jumlah ditetapkan, pemborong itu melakukan kesalahan kerana menyimpan barangan berkenaan di tempat yang tidak didaftarkan.Katanya, selain pemborong terbabit sebuah pasar raya besar dikenakan tindakan kerana menjual barangan tamat tarikh luput, selain harga yang dipamerkan tidak sama dengan harga di kaunter.“Kami turut mengesan sebuah kedai yang didapati menggunakan alat penyukat tidak disahkan Pengawal Timbang dan Sukat dan melakukan kesalahan mengikut Akta Timbang Sukat.“Berikutan kesalahan itu, semua barangan di premis terbabit dirampas manakala pemiliknya dikenakan kompaun,” katanya.
hehehe.. kalo dah mahal.. makan jer tpt lain... :D... wallahualam... sebagai pengguna.. kena bijak memilih...