Edisi Utara: Roti canai naik 10 sen
Oleh Rashidi KarimKANGAR: Seorang peniaga mendakwa Persatuan Roti Canai Perlis bersetuju menaikan harga makanan itu sebanyak 10 sen sekeping bagi menampung kenaikan harga gas memasak yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengesan makanan popular itu kini dijual di sini dengan harga 70 sen sekeping.Pemangku pengarahnya, Nor Azman Darus, berkata ini kali pertama beliau mendengar ada persatuan bertindak seumpama itu di negeri ini dan kenaikan harga makanan itu adalah tidak munasabah.“Mengikut kiraan kami, kenaikan harga gas memasak hanya mempengaruhi 0.02 peratus dari segi kos penyediaan sekeping roti canai, termasuk kuah dan peniaga terbabit sudah dikenakan tindakan.“Peniaga memberi alasan persatuan roti canai bersetuju harga makanan ini dinaikkan segera bagi menampung kos kenaikan gas memasak. Saya tidak pasti sama ada wujud pesatuan terbabit di negeri ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops Bersepadu Membanteras Kenaikan Harga Barang di sekitar Kangar. Seramai 40 pegawai penguat kuasa daripada beberapa agensi termasuk KPDNHEP, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Jabatan Kesihatan negeri terbabit dalam operasi itu.Katanya, Jabatan Kesihatan mengeluarkan notis penutupan restoran terbabit selama dua minggu berkuat kuasa 12 tengah malam tadi kerana tahap kebersihan tidak memuaskan.KPDNHEP mendapati harga barang keperluan utama di Perlis tidak dinaikkan walaupun ada kebimbangan kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga minyak 30 sen bermula 28 Februari.Dalam operasi itu, MPK mengeluarkan tiga saman kepada peniaga gerai makan dan restoran kerana tidak memakai penutup kepala, apron dan tiada lesen perniagaan. Sebanyak 30 bungkusan gula dirampas dari sebuah pusat beli-belah kerana tidak mempamerkan tanda harga.
heheheh...
taktau nak kata apa.. sejak minyak naik.. semua menggunakan alasan tuh nak naikkan harga barangan.. tapi nak halang derang.. takleh kata apa arr.. derang nak idup jugak... kita sebagai pengguna kena bijak arr wat keputusan... kalo la tpt tu harga mahal sangat.. cari la tpt lain yg murah.. or amik alternatif yg bersesuaian..
cuma tuh arr kan.. kita takleh banding ngan org luar sangat.. contoh cam harga minyak.. iyer la tpt kita murah kalo banding ngan uk tuh.. tapi tu tak logic la sangat dari pendapat aku nih yg serba tak tahu sangat... contoh arr kan.. sana minyak 1 liter mau dekat 6 ringgit.. tapi kalo convert det kita arr kan.. tapi kalo det sana.. 6 inggit tuh tak sampai 1 pound sterling... kata arr naik kete.. isi full tank 40liter tu.. jadik arr 40 pound... so kalau gaji arr kan sebulan 400 pound... skali isi sama dengan 10% dari gaji... tapi kalo kat msia.. kalo amik equivalent.. so gaji 400 inggit la kan.. isi full tank kete... 40 liter.. mau dekat 80 inggit... so that almost 20% dari gaji... maner la org mampu sangat.. tu la beli moto n sebagainya.. sanggup redah ujan nak save.. cuma harap2 kerajaan prihatin dengan masalah nih... so yg kat subsidi utk improve public transportation.. harap berhasil arr.. buat lorong utk motor, improve road system.. insyaAllah rakyat akan kurang merungut...

belajar banyak
Posted by
Anonymous |
6:19 PM