Monday, February 20, 2006 

Potong kemaluan perogol
SABAN hari kita dengar kes rogol berlaku di negara kita. Ada mangsa yang dirogol bergilir-gilir (terbaru kes gadis bawah umur dirogol oleh 15 lelaki di Muar, Johor).
Ada pula mangsa yang dibunuh dengan kejam (terbaru kes gadis lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang diserang semasa berjoging).
Mengapa rogol semakin menjadi-jadi, malah lebih ganas? Apa yang telah terjadi dalam masyarakat kita sekarang. Ke mana perginya perikemanusiaan?
Perogol adalah manusia, tetapi pemikiran dan kelakuan mereka macam binatang buas.
Mengapa perbuatan buas ini menjadi-jadi? Adakah undang-undang yang sedia ada ini tidak mencukupi untuk menggertak penjenayah yang kejam ini?
Di sini saya ingin memberi cadangan agar semua perogol yang didapati bersalah dikenakan hukuman dipotong kemaluan.
Kita harus faham bahawa semuanya berpunca dari situ, maka kita seharusnya melaksanakan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
Jangan kata hukuman ini zalim dan melanggar hak asasi manusia kerana jenayah yang dilakukan oleh `binatang' ini jauh lebih zalim dan kejam.
Mereka inilah yang melanggar hak asasi mangsa terlebih dahulu.
Jika hukuman ini dilaksanakan, saya yakin kes-kes ini dapat dikurangkan.
Kami kaum hawa selalu hidup dalam ketakutan.
- HAWA,
Puchong, Selangor.

kezaliman dibalas dengan kezaliman... hmmm...
Bukan semua kesalahan berpunca dari situ.. memang la lelaki nih akal 9.. nafsu 1, n wanita akal 1, nafsu 9.. tapi ada cara terbaik nak atasi masalah nih...
buka Al-Quran, sumer hukum hakam dah ader kat situ cara nak atasi masalah nih, cuma laksana atau tidak jer.. terpulang kepada pemerintah.. bukan nak kondem undang2 negara.. tapi kalau org yg ngarang kat utusan nak buat camnih.. dier nih guna hukum aper??? pada pandangan aku arr.. kes2 nih tak akan kurang kalau laksanakan membuta tuli.. malah menjadi2 ader kot... wallahualam

 

Elak pertandingan MIC peringkat tinggi
KUALA LUMPUR 19 Feb. -Tokoh veteran MIC, Tan Sri G. Pasamanickam menggesa para pemimpin parti terbesar kaum India itu supaya mengelakkan pertandingan peringkat tertinggi pada pemilihan parti Jun ini.
Beliau berkata, demi perpaduan parti dan juga masyarakat India di negara ini, semua jawatan utama MIC tidak harus dipertandingkan sebaliknya semua pemimpin yang sedia ada dikekalkan.
Katanya, MIC yang kini di bawah kepimpinan Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Pasamanickam yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkata, sekiranya berlaku sebarang pertandingan seperti yang hangat diperkatakan sekarang, maka parti itu kemungkinan akan menghadapi perpecahan.
Hasrat
``Kita hanya mempunyai sebuah parti yang kuat mewakili suara kaum India di negara ini, sekiranya ada pertandingan, MIC kemungkinan akan hadapi perpecahan.
``Saya berharap supaya mana-mana pemimpin parti tidak akan meneruskan hasrat mereka untuk menjatuhkan sesiapa,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pemilihan MIC peringkat nasional dijadualkan berlangsung pada Jun ini membabitkan pertandingan bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan juga 23 anggota CWC.
Pemilihan kali ini dijangka hangat apabila Datuk S. Subramaniam akan dicabar oleh orang pilihan Samy Vellu, Datuk G. Palanivel.
Pemilihan Presiden dijadualkan pada 26 Mac manakala pencalonannya adalah pada 5 Mac ini.
Beliau memberitahu, sehingga kini Subramaniam hanya mahu mengekalkan jawatannya manakala Palanivel tidak memberikan sebarang kata putus lagi.
``Saya merasakan kepimpinan sedia sekarang tidak perlu dikacau, biarkan ia seperti dulu,'' katanya.

kalau jadik macam nih... pada pandangan aku arr... hilang meaning demokrasi...
tak salah kalau org lama terus memegang jawatan.. tapi utk kemajuan kreativiti ker.. bagi la peluang kat org baru.. mana la tau.. kalau org baru pegang.. ader kemajuan..
Memang la.. kalau biar macam tuh.. takder masalah, sebab dok lama macam tuh.. takder org baru.. cuba cuit sket.. sure melenting.. hehehhe

About me

  • I'm RcQuest aka Sir Cikoro
  • From kulim
  • Enjoying my life to the fullest
My profile

Links

Powered by Blogger
and Blogger Templates