Monday, June 06, 2005 

Pelaksanaan pendidikan seks dikaji

PUTRAJAYA 26 Mei - Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengkaji pelaksanaan pendidikan seks di semua sekolah sebagai satu pendekatan bagi membendung jenayah seksual.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perbincangan awal dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah diadakan April lalu.
``Hasil perbincangan kedua-dua kementerian ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi untuk mendapatkan maklum balas lanjut berhubung perluasan skop pendidikan seks yang dicadangkan sebelum ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini. Terdahulu beliau menerima sumbangan buku Down Memory Lane With Mrs. N.C Patridge.
Buku karya bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid tersebut ditulis bagi menghargai jasa dan sumbangan gurunya, N.C Partridge yang merupakan guru besar selama 27 tahun di Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar, Perak.
Hishammuddin berkata, satu jawatankuasa bersama yang dianggotai pegawai-pegawai daripada kedua-dua kementerian itu akan dibentuk untuk mengkaji pelaksanaan subjek itu.
Katanya, jawatankuasa pelaksanaan subjek seks di sekolah itu juga akan bertanggungjawab memantau gejala dan masalah para pelajar yang terdedah kepada bahan-bahan lucah di Internet.
``Memang kita mengaku, bahan lucah di Internet sangat sukar untuk dikawal dan ditapis. Cuma kita mengarahkan pihak sekolah mencari inisiatif untuk mengatasi masalah ini.
``Mereka boleh melantik pakar-pakar komputer atau menggunakan perisian tertentu untuk menyekat bahan lucah melalui komputer biasa atau komputer riba,'' tambahnya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, kementerian itu akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk mencari kaedah rawatan pelajar kurang upaya.
``Dengan teknologi yang sedia ada, kita akan memulakannya di peringkat prasekolah dan kita akan berkongsi kepakaran bagaimana untuk merawat termasuk menerusi kaedah pembedahan.
``Mungkin kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan cuba dapatkan apa sahaja kaedah yang boleh membantu golongan itu,'' katanya.

 

MELAKA 5 Jun - Kerajaan negeri Melaka menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk memberi jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah dalam usaha mengurangkan kadar jangkitan HIV di negara ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan itu amat wajar dilaksanakan dan tidak menyalahi atau bertentangan dengan hukum agama.
``Kita sokong cadangan itu dan wajar dilaksanakan kerana ia amat baik, tidak salah kita mencuba sesuatu kaedah yang baik demi mencapai kebaikan atau kesejahteraan dalam hidup,'' katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan kementerian berkenaan yang bertujuan mengurangkan kadar jangkitan HIV.
Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, sebagai permulaan, kementerian itu akan menjalankan projek perintis selama enam bulan di bawah Program Pengurangan Kesan Buruk, membabitkan 1,200 penagih dadah, terutama mereka yang mengambil dadah melalui suntikan, dengan memberikan mereka jarum suntikan, kondom dan dadah gantian yang dipanggil methadone.
Ia akan dilaksanakan di 10 klinik kerajaan dan 10 klinik swasta di empat zon ditetapkan di utara, selatan, tengah dan timur bermula Oktober setelah semua kakitangan perubatan terlibat diberikan latihan secukupnya.
Pendirian kerajaan Melaka itu berbeza dengan kerajaan Selangor dan Terengganu yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil menegaskan cadangan itu bukan sahaja tidak sesuai, malah didapati tidak berkesan seperti dibuktikan di negara-negara Barat yang telah mencuba melaksanakan kaedah berkenaan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Terengganu, Ramli Noh pula berkata, cadangan itu sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Fatwa terlebih dahulu kerana ia melibatkan hukum.
Mohd. Ali berkata, sekiranya cadangan itu dilaksanakan kelak, ia perlu dijalankan lebih teratur dan benar-benar mencapai objektifnya serta tidak disalahgunakan oleh pasangan terutama mereka yang beragama Islam.
Beliau yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam negeri mencadangkan agar dadah gantian methadone diberi kepada penagih berbanding suntikan yang melibatkan perbelanjaan lebih tinggi.
``Penggunaan methadone lebih baik dan membantu mengurangkan kesan dadah yang teruk kepada penagih, kalau beri jarum, kita bimbang penagih akan lebih teruk kerana terlalu bergantung kepada suntikan semata-mata,'' katanya.

Hmmm... free condoms? free needles? free drugs??? aisay.... macam heaven to them arr... everything dapat free... tapi rakyat... hmmm...
From my own point of view arr... why wanna waste all that money to support those yg merosakkan negara.. derang dah kata rite... dadah musuh negara.. tapi why these kind of treatment?.. it gonna cost millions just to look after those drug addicts n stuff, but in return... takder aper2 sangat.. so tambah ngan condoms, ngan needles, ngan drugs.. so tak gonna add up millions lagi to those expenditures... pastu in a long run rasa2nya more ppl gonna be drug addicts coz derang nampak all these ppl dapat free stuffs.. condoms... hmm.. not really a good idea.. its not really our culture... nampak cam menggalakkan maksiat jer kalo give out free condoms nih..
I support arr in the sense the ministry want to reduce the number of HIVs in malaysia.. tapi that method in a sense macam korek lubang utk menutup lubang yg lain... u put a stop to one problem but at the same time create a bigger problem... not only it influence more ppl to become drug addicts (free needles n drugs.. wuhuu) , pastu jadik sexually active (free condoms...).. takkan naya..
Aper2 pun.. derang still human.. so have to treat them like human, not like bahan experiment that bley test ngan itu dan ngan yg ini.. cuma kena bagi kesedaran arr, itu jer.. or do something that will take their mind of drugs for such n such durations.. Very easy for me to say coz i dont take drugs n stuff, but to drugs addict.. memang susah.. coz ketagihan tu dah kira sebati... one way (from my point of view la..) is melalui detoxification ker.. haper ker.. sekurang2nyer.. it will not create another problem... lagi bagus kalo cari detoxification guna herba2 yg ada kat msia nih.. hehehe... not only reduce one thing.. tapi at the same time menjana pendapatan negara... RM tak mengalir overseas in purchasing condoms n methadone.. huhu.. :D.. well... talk is very cheap.. nak menjalankan tugas tu memang berat... so sama2 la kita usahakan something yg dapat memberi faedah kepada negara...
hehehe.. ntah haper2 aku melalut nih...

About me

  • I'm RcQuest aka Sir Cikoro
  • From kulim
  • Enjoying my life to the fullest
My profile

Links

Powered by Blogger
and Blogger Templates